I’m a fan of SVG now! Oleh yang demikian, terhasillah tips ini setelah memerah idea dan uniknya kali ini, eksperimen dijalankan tanpa sebarang pencarian maklumat. Kah!
Tersebutlah kisah seorang wanita yang kepingin sekali menyunting gabungan kepingan-kepingan imej namun kecewalah ia kerana begitu sukar mendapatkan kualiti penghasilan yang memuaskan. (Kita bukan graduan Reka Bentuk Multimedia!)
Lalu ia berfikir dan terus berfikir, sambil tangannya tiada putus asa mengerjakan buah fikirannya, ligat mengikut rentak imaginasinya. Maka giranglah ia apabila akhirnya, dapat jua ia laksanakan dengan tara kepuasan yang baik nilai di matanya.
Senario & Rencana:-
ConTeXt LMTX as the processor
). Ketiga-tiga imej disunting daripada format SVG dan dieksport sebagai PDF.Langkah-langkahnya:-
3840
. Kadar tinggi (Height) akan bertukar secara auto dan klik OK
. Sengaja saya gunakan dimensi yang besar untuk mendapat hasil imej berkualiti tinggi tetapi boleh dikecilkan skalanya kemudian masa.70.0
. Klik OK
.OK
.SVG
and PDF
. Jika dikecilkan skalanya sebelum dieksport sebagai PDF akan terjejas sedikitlah kualitinya setelah dibesarkan paparan.Mendapatkan imej persis di atas ini pastilah boleh dicapai melalui ConTeXt LMTX
juga. Dalam keadaan-keadaan tertentu apabila terasa mahu bertukar angin, menyunting imej menggunakan GIMP
pun adalah praktikal. Pelbagai pilihan ada untuk digayakan, maka sesuaikanlah seadanya.
Saya gunakan pakej pdf2svg
untuk tukar format PDF kepada SVG.
Kadang-kadang hendak muat naik imej ke tempat yang tidak menyokong format SVG, perlu tukar kepada format PNG dan terasa malasnya mahu menggunakan tetikus/touchpad untuk sunting imej, saya buka sahaja fail SVG tersebut melalui vim
dan edit width @ height kepada ukuran yang lebih besar seperti 4096 bagi mendapatkan kualiti imej yang molek setelah ditukar nanti. Sudah tentulah ukuran lebar atau tinggi yang akan turut berubah saya sunting mengikut kadar asalnya. Kira secara manual-lah! 😁 (nilai viewBox
saya tidak usik dan biarkan dengan tetapan asal seperti contoh di bawah).
<svg xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" xmlns:xlink="http://www.w3.org/1999/xlink" width="5796" height="4096" viewBox="0 0 841.889758 595.27559">
convert
(dari pakej ImageMagick
) untuk menukar SVG yang telah diedit ukuran lebar dan tingginya itu tadi kepada PNG.Selain GIMP
, boleh gabungkan lapisan-lapisan imej untuk menghasilkan imej yang sama dengan menggunakan perintah baris dari pakej ImageMagick
atau GraphicsMagick
juga. Pastikan imej-imej SVG telah ditukar formatnya kepada PNG sebagaimana penerangan di informasi (3). Sebagai contoh:
# Tukar format SVG kepada PNG (e.g. imej1-3 ialah semua imej di dalam direktori semasa):
for SVG in *.svg; do
convert "$SVG" "$(basename "$SVG" .svg).png";
done
# imejA: Tetapkan imej1 sebagai separa lut sinar:
convert imej1.png -alpha Set -channel A -evaluate Set 40% imejA.png
# imejB: Tindih imej2 di atas imejA:
composite imejA.png imej2.png -compose Multiply imejB.png
# imejC: Tindih imej3 di atas imejB:
composite imejB.png imej3.png -compose Multiply imejC.png
# Tukar format SVG kepada PNG (e.g. imej1-3 ialah semua imej di dalam direktori semasa):
for SVG in *.svg; do
gm convert "$SVG" "$(basename "$SVG" .svg).png";
done
# imejA: Tetapkan imej1 sebagai separa lut sinar:
gm convert imej1.png -matte -operator Opacity Assign 60% imejA.png
# imejB: Tindih imej2 di atas imejA:
gm composite imejA.png imej2.png -compose Multiply imejB.png
# imejC: Tindih imej3 di atas imejB:
gm composite imejB.png imej3.png -compose Multiply imejC.png
ImageMagick
dan GraphicsMagick
dari segi ⓵ masa yang diambil untuk melengkapkan proses dan ⓶ saiz akhir imej. Dapatan saya adalah seperti berikut (sila buat rumusan sendiri):-ImageMagick | GraphicsMagick | |
---|---|---|
Masa Proses: | 41 saat | 31 saat |
Saiz Imej: | 465 KB | 766 KB |
Secara peribadinya jika ditanyakan kepada saya, saya lebih sukakan kekemasan imej yang dihasilkan oleh ImageMagick
berbanding GraphicsMagick
walaupun masa dalam memprosesnya adalah lebih lama dan output imejnya bersaiz lebih kecil.
GIMP Script-Fu
but it still seems too technical and complicated for me to grasp.