Ke Arah Memajukan Diri


Ya Allah, lamanya tak menulis di blog ini!

Dan tajuk diatas. Hahah! Tajuk untuk alih perhatian. Apa yang dikatakan “Ke Arah Memajukan Diri” itu masih terapung di ruang legar perancangan yang entahkan jadi entahkan tidak.

Apa-apa pun, tulisan kali ini mahu santai-santai saja. Betul-betul santai.

Sebelum keluar berita IBM membeli Red Hat dengan harga USD 34 Billion, tiba-tiba saja datang idea nak dapatkan sijil ‘Red Hat Certified System Administrator’ atau dalam bahasa singkatannya disebut sebagai ‘RHCSA’.

Tapi… tapi… itulah. Kenalah kumpul dana dulu…

Jadi, cara murah untuk belajar sebelum bayar mahal-mahal untuk ambil peperiksaan ini? Percuma saja. Cuma perlu bayar langganan data. CentOS! Ya, muat turun CentOS dan cubalah meneroka sistem operasi ini sendiri.

Nak langgan Red Hat Enterprise Linux semata-mata untuk tujuan pembelajaran?

Mahal yang amat sangat, hui! Sebab itulah CentOS ini diciptakan. Dan sistem ini dicipta untuk kegunaan orang ramai secara percuma oleh Red Hat sendiri. Baik bukan si Red Hat ni?

Baiklah.

Jadi kita nak cerita perihal proses yang kita jalankan sendiri untuk memasang sistem operasi CentOS ini ke dalam komputer riba kesayangan kita-lah ni sebenarnya. Haa… bosan, kan?

Itulah, mengantuk sangat rasanya. Kita tidur dulu dan sambung kemudian. Mengantuk melampau sangat dah ni. Nak cerita pun dah malas. Buat jadi modal nak ‘up’ pos ini saja.

*TO CONTINUE*


Sambungan:

Fuh! Susah bebenar nak dapat ‘update’ pos ni dengan budak dua orang yang sentiasa menuntut perhatian waktu ibu ada di rumah. Bertabahlah.

Eh, lupa pula. Walaupun sebahagian Red Hat telah dibeli oleh IBM, tetapi ada berita menyatakan jaminan bahawa sebarang urusan perniagaan yang sudahpun dibina sekarang akan kekal di masa hadapan. Jadi, saya akan tetap meneruskan misi cubaan untuk mendapatkan sijil RHCSA ini.

OK.

Jadi proses yang dilalui?

Baik. CentOS memperkenalkan alat untuk memasang sistem ini yang dinamakan sebagai Anaconda.

Sebelum kenal Anaconda ini, dan hanya sekadar membaca sikit-sikit sahaja panduan memasang melalui [pautan ini], saya tinggalkan satu bahagian kosong dengan saiz sebesar 50 GB.

Macam biasa, saya gunakan perisian pengurus cakera kegemaran saya; gdisk. Kekurangn gdisk ini, setiap kali berlaku sebarang perubahan kepada cakera ini, komputer perlu di’reboot’. Barulah perubahan yang dibuat akan benar-benar mendatangkan kesan. Leceh dibuatnya.

Bahagian / Partition ini telah saya tetapkan jenis kod padanya melalui perisian gdisk ini terlebih dahulu namun saya tidak memformat ia kepada jenis ‘filesystem’ FS yang sentiasa saya gunakan untuk Linux iaitu ext4.

Rupa-rupanya ia membawa masalah dalam memasang sistem operasi ini. Saya tak mahu cakap banyak mengenainya. Cukuplah saya katakan, berikut ialah helah-helah yang boleh digunakan untuk membenarkan Anaconda ini memasang sistem CentOS dengan jayanya:-

  1. Tinggalkan bahagian kosong tanpa menetapkan sebarang jenis kod e.g. 8300 (Linux filesystem) / 8e00 (Linux LVM) padanya ketika menggunakan perisian pengurus cakera e.g: gdisk, parted, fdisk etc. Tidak perlu format bahagian itu juga.
  2. Atau, jika seperti saya yang suka menggunakan LVM, tetapkan kod untuk bahagian yang mahu dipasang dengan sistem CentOS ini kepada 8e00, cipta pyhsical volume (pv) dan volume group (vg) (jika tidak menggunakan 'pv' dan 'gv' sedia ada) berserta logical volume (lv) dan sila format lv ini kepada FS yang sesuai.

Anaconda hanya boleh:-

  • mengenalpasti bahagian kosong yang TIDAK ditandai dengan apa-apa jenis kod + diformat dengan sebarang jenis FS; ATAU
  • mengubahsuai bahagian yang sudahpun diformat kepada ‘filesystem’ tertentu.

Perkara lain yang perlu diketahui sekiranya menggunakan ‘LVM’ adalah, direktori /boot wajib diletakkan diluar format LVM kerana CentOS tidak menyokong kehadiran direktori /boot di dalam ‘LVM’. Saya sudah mencubanya. Saya fikir, jika Arch Linux boleh, kenapa tidak CentOS (walaupun amaran keras sudah diberi di dalam panduan yang saya baca)? Hurm, ternyata amaran berkenaan memang benar-benar relevan sebab, memang tak boleh pun.


Kali terakhir halaman ini dikemaskini/disemak semula adalah pada .
Top