bersama catatan peribadi & teknikalnya.

Kawalan Ibu Bapa (KidLogger) dalam Distro Arch Linux

via StaffCounter


geeky stuff
#parental control | #kidlogger
Saya tutup mata terhadap kelemahan-kelemahan penyedia perisian ini antaranya:-
  1. Typos yang boleh dilihat dalam laman web mereka (ya, saya abaikan walaupun jelas menampakkan tidak profesionalnya. 😑) ;
  2. Kod sumber terbuka yang sepertinya sudah dipindahkan dan hanya kod lama yang ditinggalkan untuk diperiksa di repo GitHub mereka ;
  3. Sistem sokongan yang nampak tidak begitu bermaya.
Justifikasi saya adalah kerana alat mereka ini sudah mencukupi buat masa sekarang. Akan datang ada kebarangkalian saya akan beralih kepada khidmat lain.

Pemasangan dan Nyah Pemasangan:
1) KidLogger untuk Arch Linux
2) KidLogger untuk Android

Saya amat mengimpikan keupayaan menghalang secara langsung interaksi anak-anak dengan dunia hiburan seperti YouTube Kids yang membuatkan mereka menatap sebuah kotak / bingkai kecil bernama skrin.

Ah, gagal! Ibarat peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, anak-anak terdedah jua dengan skrin ini apabila berada di rumah. Peribahasa ini pula mudah dipatahkan dengan hujah bahawa pandemik Covid memaksa mereka untuk belajar menggunakan peranti digital selama hampir dua tahun sebelum ini.

Dalam keadaan dunia teknologi yang pesat membangun seiring pembesaran anak-anak zaman kini, antara yang boleh ibu bapa lakukan demi melindungi anak-anak sewaktu dalam jagaan mereka adalah dengan mendapatkan bantuan berbentuk digital juga.

Sudah dinamakan peminat tegar Arch Linux, maka komputer riba lama saya yang sekarang ini menjadi medium anak-anak menonton YouTube Kids sudah pastilah beroperasi dengan sistem ini.

Carian demi carian berkenaan pembantu kawalan ibu bapa di enjin Google menemukan saya dengan KidLogger yang bersumber terbuka. Aplikasi ini available untuk ① Windows, ② Mac OS X, ③ Android dan ④ Linux.

Pautan: KidLogger

KidLogger untuk Arch Linux

  1. Pemasangan:

Majulah kita ke pautan untuk memuatturun KidLogger for Linux. Setelah memasukkan nombor yang terpapar di bahagian kiri sebelum mengetik butang OK, fail berzip dengan nama setup_linux.zip akan dimuatturun. Unzip fail ini yang akan mengekstrak kesemua direktori & fail ke dalam direktori staffcounter_install.

Ya, untuk distro Linux, ibu bapa sebaliknya diperkenalkan dengan aplikasi StaffCounter yang akan berhubung dengan pautan KidLogger di http://kidlogger.net/upload-v2/.

  • Berbalik kepada pemasangan, saya lebih suka untuk menamakan semula direktori staffcounter_install kepada kidlogger. Lebih ringkas dan memberi makna.
mv staffcounter_install kidlogger

  • Sunting fail install.sh, vim ~/kidlogger/install.sh.
~/kidlogger/install.sh
- ARCH=`arch` # gantikan simbol `backtick` dengan tanda petikan `quotation mark` seperti baris kedua ini.
+ ARCH="arch"

  • Di bahagian bawah sekali pada seksyen # install dependencies, padamkan baris-baris yang berikut:-
apt-get install -y curl
apt-get install -y qt5-default
apt-get install -y rsync
apt-get install -y libqjson0
apt-get install -y xprintidle
apt-get install -y libxkbfile-dev

dan gantikan kesemuanya dengan hanya satu baris seperti ini untuk memasang pakej-pakej dependencies:-

pacman -Syu curl qt5-base rsync xprintidle libxkbfile

  • Log masuk sebagai root dan masuk ke dalam direktori kidlogger itu. Bergantung kepada jenis dan tetapan $SHELL, laksanakan fail install.sh yang telah disunting tadi untuk pemasangan. Nak lebih selamat, gunakan sahaja arahan bash dan setelah selesai, keluar dari root.
su - root
cd /home/user/kidlogger # Gantikan user dengan nama pengguna
bash install.sh
exit

  • “Dah siap pasang…!"

  • Jalankan staffcounter (masih di dalam direktori kidlogger) dengan memasukkan arahan di bawah:-

nohup bin/x86_64/staffcounter &

  • Dan masukkan alamat e-mel yang berdaftar sebagai akaun KidLogger serta Nama. Aplikasi ini akan berjalan di sebalik tabir.

  • Apabila langkah di atas ini telah dibuat, ibu bapa boleh log masuk ke dalam akaun KidLogger di pelayar web untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak melalui Dashboard.




  • Bergantung kepada jenis Desktop Environment atau Window Manager, auto session mungkin perlu diaktifkan dengan:-
nohup ~/kidlogger/bin/x86_64/staffcounter &

  1. Nyah Pemasangan:
  • Laksana fail uninstall.sh.
su - root
cd /home/user/kidlogger # Gantikan user dengan nama pengguna
bash uninstall.sh
exit

  • Padam direktori Rohos (atau ubah suai skrip uninstall.sh untuk masukkan arahan di bawah ini).
rm -rf ~/.config/Rohos
rm -rf ~/.local/share/Rohos

KidLogger untuk Android

MOHON MAAF!
Saya padam maklumat yang saya sediakan sebelum ini berkaitan cara pemasangan dan nyah pemasangan untuk Android kerana bimbang seandainya panduan tersebut menjadi asbab bagi anak-anak yang celik / pandai teknologi untuk mengesan dan menyahpasang perisian kawalan yang ibu bapa pasang dalam peranti Android mereka.
Jika ibu bapa perlukan bantuan, boleh hubungi saya di bahagian [Kontak]. Insya-Allah, ada kelapangan masa saya cuba bantu mana yang mampu.
Sedikit tambahan info berupa amaran dan peringatan:
  1. Ibu bapa perlu membenarkan ‘apk’ ini dipasang dari sumber yang tidak diketahui. Walaubagaimanapun, lakukan langkah ini hanya spesifik untuk kes ini dan apabila ‘apk’ ini sudah dipasang, terus disable semula ciri ini.
  2. Ibu bapa perlu menjalankan beberapa langkah untuk mengecualikan ‘apk’ ini daripada diimbas sebagai malware, namun jangan pula mengabaikan imbasan. Tetap lakukan imbasan secara berkala dan perhatikan betul-betul sekiranya terdapat amaran untuk virus dan jenis malware yang mungkin ditanam pada aplikasi serta fail-fail lain yang dimuatturun.
  3. Saya tidak tahu pendekatan jenis apa yang ibu bapa amalkan dengan anak-anak. Cara saya ialah komunikasi. Saya berterus-terang memberitahu bahawa saya memantau aktiviti-aktiviti atas talian mereka.
    Saya tunjukkan kepada mereka apa yang saya nampak dari skrin laptop saya dan nyatakan bahawa terdapat ramainya pemangsa dalam alam ini. Mereka wajib dilindungi daripada pemangsa-pemangsa durjana ini. Kawalan yang saya lakukan ini ialah sebuah usaha untuk melindungi mereka daripada bahaya alam siber.
    And therefore, they can’t hide anything from me. Should they have any curiosity, they would have to consult and discuss with me prior to doing anything harmful i.e. by searching or asking around on the Internet. I would love to listen to and answer them properly.

Kali terakhir dikemaskini:
Top