Kawalan Ibu Bapa (KidLogger) dalam Distro Arch Linux
Pemasangan dan Nyah Pemasangan: |
---|
1) KidLogger untuk Arch Linux |
2) KidLogger untuk Android |
Saya amat mengimpikan keupayaan menghalang secara langsung interaksi anak-anak dengan dunia hiburan seperti YouTube Kids yang membuatkan mereka menatap sebuah kotak / bingkai kecil bernama skrin.
Ah, gagal! Ibarat peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, anak-anak terdedah jua dengan skrin ini apabila berada di rumah. Peribahasa ini pula mudah dipatahkan dengan hujah bahawa pandemik Covid memaksa mereka untuk belajar menggunakan peranti digital selama hampir dua tahun sebelum ini.
Dalam keadaan dunia teknologi yang pesat membangun seiring pembesaran anak-anak zaman kini, antara yang boleh ibu bapa lakukan demi melindungi anak-anak sewaktu dalam jagaan mereka adalah dengan mendapatkan bantuan berbentuk digital juga.
Sudah dinamakan peminat tegar Arch Linux, maka komputer riba lama saya yang sekarang ini menjadi medium anak-anak menonton YouTube Kids sudah pastilah beroperasi dengan sistem ini.
Carian demi carian berkenaan pembantu kawalan ibu bapa di enjin Google menemukan saya dengan KidLogger
yang bersumber terbuka. Aplikasi ini available untuk ① Windows, ② Mac OS X, ③ Android dan ④ Linux.
Pautan: KidLogger
KidLogger untuk Arch Linux
- Pemasangan:
Majulah kita ke pautan untuk memuatturun KidLogger for Linux. Setelah memasukkan nombor yang terpapar di bahagian kiri sebelum mengetik butang OK
, fail berzip dengan tar
bernama kidlogger_install.tar.bz2
akan dimuatturun. Untar fail ini yang akan mengekstrak kesemua direktori & fail ke dalam direktori kidlogger_install
.
Saya alihkan folder ini ke dalam direktori
~/.local
.mv ~/Downloads/kidlogger_install ~/.local cd ~/.local/kidlogger_install
Binari perisian ini dicipta untuk distro berasaskan Debian seperti Ubuntu dan Mint yang bergantung dengan arahan
arch
. Arahan tersebut mencetak system architecture i.e.x86_64
ataui386
etc. Arch Linux tidak menyediakan arahan ini dalam mana-mana pakej teras namun, terdapat arahan lain yang boleh digantikan untuk mendapatkan cetakan serupa. Jadi, saya buat satu skrip menggunakan arahan berkenaan dengan menamakannya sebagaiarch
.sudo vim /usr/local/bin/arch
- Kandungan skrip
/usr/local/bin/arch
:
#!/usr/bin/env bash uname -m
- Jadikannya executable.
sudo chmod +x /usr/local/bin/arch
- Kandungan skrip
Sunting fail
install.sh
. Gantikan variableARCH
(baris ketiga) dengan syntax yang lebih terkini:ARCH=$(arch)
- Di bahagian bawah pada seksyen
# install dependencies
, padamkan baris-baris yang mengandungi arahan ‘apt get install <packages>
’ dan gantikan kesemuanya dengan hanya satu baris seperti ini untuk memasang pakej-pakej dependencies:-
pacman -Syu curl qt5-base rsync xprintidle libxkbfile
- Di bahagian bawah pada seksyen
Pasang pakej sebagai root.
sudo bash install.sh
Dan daftarkan pengguna untuk direkodkan aktiviti di PC melalui perintah baris di bawah. Masukkan alamat e-mel yang berdaftar sebagai akaun
KidLogger
serta Nama. Aplikasi ini akan berjalan di sebalik tabir. Rujuk “How to install Monitoring agent on Linux computer”.nohup kidlogger &
Apabila langkah di atas ini telah dibuat, ibu bapa boleh log masuk ke dalam akaun
KidLogger
di pelayar web untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak melalui Dashboard.
Selain daripada meneliti aktiviti-aktiviti mereka melalui Dashboard di pelayar web, ibu bapa boleh juga melihatnya dari sistem anak melalui SSH di direktori
~/.local/share/Rohos/kidlogger/<identifier_generated_by_the_installer>
.Sebagai contoh,
~/.local/share/Rohos/kidlogger/jmu-2k-tee
.jmu-2k-tee
di sini ialah identifier yang dijana oleh pemasang KidLogger yang akan juga dapat dilihat sama di Dashboard. Direktori ini menyimpan log aktiviti dan tangkap layar skrin.
- Nyah Pemasangan:
Masuk ke dalam direktori pakej yang telah diekstrak sebagaimana permulaan pemasangan di atas dan jalankan skrip
uninstall.sh
.cd ~/.local/kidlogger_install sudo bash uninstall.sh
Kesemua direktori dan fail yang bersangkutan akan dipadam melalui skrip di atas.