Cipta Resume Dengan LaTeX


geeky stuff
#latex

Baru-baru ini, datang kembali semangat berkobar-kobar untuk mengemaskini resume setelah sekian lama dibiar terperuk begitu sahaja sejak bergelar surirumah ini.

Oleh sebab sistem operasi utama yang saya gunakan adalah Arch Linux, maka tiadalah Microsoft Word untuk saya gunakan sebagai platform bagi mengemaskini resume saya. Oh, sudah tentulah ada pilihan lain bagi saya jika saya mahu menggunakan aplikasi dengan ciri-ciri yang hampir sama dengan Microsoft Word seperti LibreOffice dan OpenOffice, tetapi saya memilih untuk membina resume dengan menggunakan LaTeX.

Tidak mahu cakap banyak, boleh lihat sendiri kod-kod yang digunakan dalam menghasilkan resume dengan menggunakan LaTeX melalui pautan di bawah. Juga, saya sertakan sekali fail pdf-nya setelah melakukan kompilasi kepada fail .tex tersebut dengan menggunakan ‘plugin’ VimTex.

Pautan ke fail LaTeX untuk sampel resume: [resume-sample.tex]

Nota kaki: Saya terima ralat yang memaparkan [1] compilation failed! apabila membuat penyusunan melalui 'plugin' VimTex. Akan tetapi saya abaikan sahaja kerana semua isinya berjaya dipamerkan dalam bentuk pdf dengan baik mengikut spesifikasi yang saya mahukan seperti yang terpamer di atas ini.
TERKINI 1: (21/10/2017 07:34 pagi)
Masalah bagi ralat [1] berjaya diselesaikan dengan menggantikan \hline kepada \rule. Namun, masalah ralat yang memaparkan [2] Overfull \hbox dan [3] Underfull \hbox masih berlaku. Permasalahan ini masih belum mampu saya rungkaikan.
TERKINI 2: (21/10/2017 04:02 petang)
Ralat [3] berjaya dihapuskan dengan menambah di bahagian preamble empat baris kod seperti yang dinyatakan oleh imdadullah pada [komentar terakhir] di bawah sekali. Ralat [2] masih kekal tergantung tanpa sebarang penyelesaian.
TERKINI 3: (21/10/2017 09:30 malam))
Ralat [2] akhirnya berjaya dirungkaikan. Saya hanya bermain-main dengan kelebaran teks (\textwidth) pada kotak yang berisi nama dan gambar passport sehingga akhirnya ralat berkenaan tidak lagi muncul.


Kali terakhir halaman ini dikemaskini/disemak semula adalah pada .
Top