Cara Menjalankan Cetakan Duplex dari Sistem Linux

Untuk peranti-peranti yang tidak disokong kemudahan ini oleh perisian rasmi


geeky stuff
#duplex-printing

Setelah membuat konfigurasi untuk membenarkan proses pencetakan dilakukan dari sistem Arch Linux saya, saya perasan akan satu hal. hplip membataskan kebolehan mencetak depan dan belakang untuk peranti pencetak HP model LaserJet Professional P1102 milik suami saya.

Aduh, resah jugalah saya kerana hal ini penting demi memastikan penjimatan penggunaan kertas dapat dioptimumkan.

Setelah melakukan beberapa pencarian Google, saya simpulkan ada dua kaedah untuk membuat cetakan depan dan belakang. Kedua-dua kaedah ini saya anggap kaedah manual, cuma cara kedua mungkin kurang sedikit langkah yang diperlukan berbanding cara pertama.


KAEDAH 1: MANUAL
Cara manual menggunakan baris perintah lp (daripada pakej cups):
  1. Jalankan baris perintah lp dengan menetapkan nilai pilihan untuk pencetak mencetak halaman-halaman ganjil sahaja dahulu e.g. 1,3,5 seperti contoh di bawah:
    lp -d printername -o page-set=odd filename
  2. Kutip kertas-kertas yang telah dicetak bahagian hadapannya itu dari dulang pengeluaran (output tray) dan susun semula kertas-kertas berkenaan. Maksudnya, kertas yang mula-mula dicetak sepatutnya berada di bahagian atas sekali, mengikut turutan;
  3. Setelah itu, putarkan kertas-kertas berkenaan ke atas (180°). Jangan membalikkan kertas, hanya putarkan sahaja kedudukannya dan letakkan di dulang masuk (input tray) kembali;
  4. Dan akhirnya teruskan dengan menjalankan baris perintah yang memberi arahan kepada pencetak untuk mencetak halaman-halaman genap pula e.g. 2,4,6. Contoh mengikut yang di atas:
    lp -d printername -o page-set=even filename

KAEDAH 2: PAKEJ DUPLEX
Saya terjumpa [halaman ini] yang memperkenalkan satu pakej terdiri daripada skrip-skrip shell. Skrip-skrip ini mampu meniru cetakan duplex (depan dan belakang pada sehelai kertas) untuk mesin-mesin pencetak *(terutamanya pencetak-pencetak keluaran HP)* yang tidak menyokong cetakan duplex ini di dalam sistem operasi Linux (it works on Windows without users having to do any tweaks, of course, except by changing the setting via a graphical printing application and also having to collect the papers from the output tray and place them back to the input tray).

Pakej ini dinamakan sebagai duplex, yang boleh dimuatturun dari [sourceforge.net].

Setelah memuatturun pakej selesai, ekstrak pakej dan ikuti langkah pemasangan dengan membaca fail INSTALL serta buat bacaan lanjut untuk lebih memahami cara mengaplikasi dengan membaca fail README.


Untuk mencetak:
  1. Sekiranya terdapat sebarang tetapan yang perlu ditukar, anda mesti tetapkan lpoptions terlebih dahulu sebelum mula mencetak, contoh:
    lpoptions -d printername -o landscape -o fit-to-page -o media=a4 -o page-ranges=5-6 
  2. Jalankan baris perintah dplx untuk mencetak secara depan dan belakang:
    dplx filename
  3. Khas untuk landscape, pengguna tidak perlu memutar dan juga tidak perlu menyusun kertas seperti cara manual di atas, hanya perlu letakkan kembali ke dulang masuk (tanpa mengubah posisi kertas yang keluar dari dulang pengeluaran) dan tekan y atau ENTER untuk terus mencetak bahagian belakang kertas. (Jika untuk portrait, kertas perlu diputarkan 180° ke arah lawan jam tetapi tidak perlu disusun seperti cara manual dalam kaedah 1 di atas).


Kali terakhir halaman ini dikemaskini/disemak semula adalah pada .
Top