Pemacu: IPP Everywhere

Suami saya memiliki pencetak “HP Ink Tank Wireless 415”. Maka saya ambil peranan untuk membuat tetapan bagi pencetak ini dari komputer riba saya agar boleh digunakan oleh seisi rumah, baik dari distro Arch, telefon pintar mahupun komputer riba atau peribadi (sinonim dengan singkatan “PC”).

  • Pencetak dengan buatan dan model di atas ialah pencetak tanpa wayar.
  • Ia tidak menyokong cetakan duplex (yakni mampu mencetak halaman depan dan belakang secara auto). Makanya, cetakan duplex perlu dilaksanakan secara manual.
  • Pasang aplikasi HP Smart untuk mencetak dan mengimbas dari telefon pintar atau PC dengan sistem operasi Windows.

Tanpa berlengah lagi, berikut ialah langkah-langkah yang saya lakukan.

dari Vim

Seperti yang dijanjikan, di dalam tulisan kali ini saya bincangkan cara untuk menyusun dokumen ConTeXt dengan menggunakan aplikasi penyunting fail kegemaran saya, Vim dan juga pembaca pdf Zathura.

Untuk pemasangan, sila rujuk laman web rasmi [PRAGMA Advanced Document Engineering].

Kompilasi Fail ConTeXt


Arahan yang digunakan untuk menyusun fail .tex dan menghasilkan dokumen PDF adalah,

bash
context filename.tex

Automasi Penyusunan Dokumen ConTeXt dari Vim

Jadi, saya teruskan dengan membincangkan cara untuk memudahkan proses mengkompilasi dokumen yang dihasilkan melalui ConTeXt.

Sebuah perbandingan

Saya pernah menyebut di dalam salah sebuah status saya sebelum ini bahawa saya akan mencari masa terluang untuk belajar ConTeXt pula selepas LaTeX. Ada masa terluang sikit-sikit, saya belajar walaupun banyak juga tergaru-garu dan berkerut-kerut kening tambah-tambah lagi selalu hilang tumpuan kerana anak-anak perlulah dilayan juga.

Jadi di dalam penulisan kali ini, saya akan tunjukkan serba sedikit perbezaan di antara keduanya. Saya gunakan table dalam penghasilan dokumen melalui LaTeX dan ConTeXt ini.

Compiling and Viewing TeX Docs

Updated on 24 September 2020:-
Synctex-searches work just fine by installing zathura and all the dependencies from Arch official repository (libmupdf can be skipped) as long as we set the vimtex-clientserver (please refer to the first related configuration file below) which is specifically for vimtex-synctex-inverse-search.

I use [1] vimtex, a vim plugin that provides support for writing and compiling LaTeX documents and [2] zathura as the document viewer.

In the beginning, I was determined to stick to [3] MuPDF as the PDF viewer due to its fast and complete features despite being small and lightweight but I kept encountering unpleasant experiences while compiling documents where it always froze the screen of my laptop when I closed the viewer.

Pengenalan


Awalannya, saya fikirkan sudah begitu banyak penulisan berkenaan apa itu LaTeX boleh didapati melalui kajian dan carian di Internet, malahan buku yang menerangkan dengan begitu terperinci akan kegunaannya juga sudah sekian banyak dikeluarkan.

Tetapi kali ini saya fikir tidak mengapalah. Penulisan ini, jikalau saya menulis dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga perisian ini, sudah tentunya saya juga yang akan termanfaat daripadanya di masa akan datang. Selain saya boleh membuat rujukan kembali dengan membaca pos ini, saya juga boleh meneliti untuk menilai sejauh mana perkembangan saya dalam menulis hal-hal keilmuan seperti ini.

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba (yang patutlah dipendam buat selama-lamanya): Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.