Tandatangan dan Penyulitan Digital

Pembelajaran seterusnya; berkaitan tajuk di atas.

Pelajaran dan perkara baru bagi saya, sebab ada ternampak orang lain sediakan kunci PGP miliknya. Tertanya-tanya juga, apa ke bendanyalah kunci PGP ini, ya?

Archwiki pun menjadi rujukan. Menurut [1] Archwiki yang mengambil petikan dari [2] laman web rasmi GnuPG:-

GnuPG ialah pelaksanaan penuh dan percuma bagi standard OpenPGP sebagaimana ditakrifkan oleh RFC4880 (juga dikenali sebagai PGP). GnuPG membenarkan anda untuk menyulitkan dan menandatangani data serta komunikasi anda; ia dibangunkan dengan ciri-ciri sebuah sistem pengurusan kunci yang serba boleh berserta modul-modul akses bagi semua jenis direktori kunci awam. GnuPG, juga dikenali sebagai GPG, ialah sebuah alat perintah baris dengan ciri-ciri yang memudahkan integrasi dengan aplikasi lain. Banyak aplikasi frontend dan libraries yang tersedia. GnuPG juga menyediakan sokongan untuk S/MIME dan Secure Shell (ssh).

Bahan Belajar untuk Anak di Rumah

Ada masa lapang, bolehlah sediakan sedikit bahan ilmiah untuk bantu anak belajar di rumah. Saya reka jam bulat yang dicetak di atas kertas A4 untuk memperkenalkan fungsi jam kepada anak sulong saya ini.

Dia mula bersekolah di sekolah kebangsaan bagi darjah satu pada tahun 2021 ini. Perkenalkan secara santai sahaja. Biar dia seronok belajar. Bukan dengan paksaan apatah lagi kekerasan.

Via Skrip 'Continuous Integration' oleh Dave Jarvis

Telah lebih dari satu tahun berlalu semenjak saya dihubungi oleh Dave Jarvis melalui emel. Beliau memperkenalkan kepada saya blog beliau yang memuatkan penerangan teknikal untuk menaip Markdown dengan ConTeXt, bersama-sama dengan bahasa pengaturcaraan R.

Berpandukan ArchWiki

Assalamu’alaikum.

LEMP dalam catatan ini merangkumi empat komponen berikut:

  • L = Linux sebagai sistem operasi dan distro utama pembangunan web ;
  • E = nginx sebagai pelayan (server) web HTTP ;
  • M = MariaDB sebagai pelayan pangkalan data ; &
  • P = PHP sebagai bahasa skrip yang digunakan dalam pembangunan laman web dinamik.
"M" boleh juga merujuk kepada MySQL, manakala "P" boleh merujuk kepada bahasa lain seperti Python atau Perl dalam konteks tertentu.

Penulisan ini menghimpunkan konfigurasi tiga komponen penting dalam pembangunan aplikasi web dinamik (juga dikenali sebagai “back-end development”), iaitu Nginx, PHP dan MariaDB.

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba (yang patutlah dipendam buat selama-lamanya): Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.