bersama catatan peribadi & teknikalnya.
Mengautomasi Penyusunan Dokumen ConTeXt: Bahagian 2
Via Skrip 'Continuous Integration' oleh Dave Jarvis

Telah lebih dari satu tahun berlalu semenjak saya dihubungi oleh Dave Jarvis melalui emel. Beliau memperkenalkan kepada saya blog beliau yang memuatkan penerangan teknikal untuk menaip Markdown dengan ConTeXt, bersama-sama dengan bahasa pengaturcaraan R. Jadi di sinilah saya, merekodkan perjalanan ini sebagai menghargai usaha beliau dalam menyediakan sesuatu yang amat bermanfaat dan hebat ini. Dan saya amat berterima kasih kerana dengan skrip ci beliau inilah penyusunan dokumen ConTeXt dapat dijalankan secara automatik tanpa perlu lagi mengetik butang F9 pada papan kekunci yang saya tautkan melalui vim sebelum ini setiap kali ada perubahan dibuat kepada fail ConTeXt.


QEMU/KVM, FreeBSD & ZFS

Experimenting with FreeBSD installation (manually) as a guest OS on a Virtual Machine and its ZFS file system (BIOS). Untuk sistem fail berformat ZFS dan peranti maya jenis RAID10, kena ada sekurang-kurangnya empat cakera maya yang diperuntukkan untuk sistem ini. Saya cipta empat imej cakera maya dengan setiap satunya bersaiz 10GiB.


Apa Yang Saya Boleh Buat Dengan Git?

Jawapan: Berkongsi fail dan direktori di mana-mana sahaja. Hantaran ini saya tulis sebelum mengenali OpenSSH. Macam sudah tak ada kerja sangat. Sebolehnya cuba macam-macam walaupun tak digunakan dan tak diperlukan. Kali ini cuba pasang FreeBSD pula sebagai VM dengan menggunakan Virt-Manager melalui libvirt. Seperti biasa; hos-nya Arch Linux, tetamu-nya FreeBSD. Berbanding sistem-sistem lain yang tiada masalah untuk berkongsi fail / direktori, dengan FreeBSD ini ada isu pula, iaitu:- Setup NFS tak berjaya.


Spice WebDAVD: Cara Berkongsi Folder dengan VM Windows di Virt-Manager
Aplikasi GUI untuk libvirt

Saya sudah mencuba untuk Windows 10 juga. Sama sahaja caranya. Tiada yang berubah. Perbezaan disedari hanya terdapat pada User Interface sahaja [tidak terhad kepada penampilan (appearance) dan penetapan (settings)]. Amaran SPOILER Saya lebih menggemari cara manual melalui QEMU/KVM berbanding cara ini. Telah ada penulisan saya yang menunjukkan caranya di pautan berikut; Pemasangan VM Windows 10 (Manual). Dapatan saya:- Kualiti prestasi dengannya adalah lebih cemerlang. Juga boleh akses Spice Client demi memperolehi kemudahan menyalin (Clipboard; copy & paste) di antara kedua-dua sistem hos dan tetamu.


Load Distribusi Linux (Live CD) di VM untuk UEFI
Dengan Aplikasi GUI Virt-Manager

Ada sesetengah orang, sebelum mula bereksperimentasi dengan pemasangan di mesin sebenar, mesti cuba melalui mesin maya dulu. Manalah tahu, kot-kot ada yang mahu cuba belajar dual-boot Windows dengan sistem Linux kan? Jadi di sini, saya terangkan sikitlah cara untuk load live CD sistem operasi Linux dengan UEFI dibolehdayakan. Sebagaimana biasa, cedok dari ArchWiki-lah. Oleh sebab saya gunakan Arch Linux, maka di sini juga saya akan gunakan live CD Arch Linux sebagai demo.



Top