MetaFun dalam ConTeXt
Pelajaran 1: Penampan Grafik (Graphic Buffers)
Saya akan sentuh berkenaan Graphic buffers
dalam siaran kali ini.
Apa kegunaan penampan grafik ini? Ianya sangat berguna dalam penyediaan sebuah dokumentasi kerana kod-kodnya boleh digunakan untuk dua benda; paparan kod dan juga hasil grafiknya.
Coretan kod (code snippet) ini diletakkan di dalam penampan
(buffer), dan ia boleh diulangguna kemudiannya.
Terdapat tiga kod arahan yang boleh digunakan setelah menyediakan coretan kod dalam penampan
ini iaitu \typebuffer
, \getbuffer
dan juga \processMPbuffer
.
Melukis Grafik Dengan ConTeXt
~ MetaFun (MetaPost)
Sejak PdPR bermula, ada sebahagian masa ibu terfikir-fikir apa yang boleh ibu buat dalam menyediakan bahan bantu untuk ibu ajarkan sendiri kepada Kak Long, terutamanya apabila melibatkan subjek Matematik.
Dengan silibus yang semakin meningkat serta melebihi keupayaan seorang kanak-kanak normal dan biasa, kenalah juga ibu kreatif dalam memberikan penerangan. Yalah, dalam keadaan pandemik sekarang, ibu bapalah yang berperanan dalam mendidik anak-anaknya.
Sebagai contoh, perbundaran kepada puluh terdekat sudah diperkenalkan kepada anak-anak tahun satu. Susah juga untuk ibu terangkan kepada Kak Long apa logiknya disebalik mengetahui perbundaran dalam usia 7 tahun ini.
Perkembangan Terbaru ConTeXt
Enjin LUAMETATEX
[PRAGMA ADE] mengumumkan dan sudah pun mengeluarkan enjin terbaru bagi ConTeXt
yang dinamakan sebagai LUAMETATEX
. LuaMetaTEX
ini terkandung di dalam versi ConTeXt
yang baru bernama LMTX
.
Memetik pengenalan mengenai LuaMetaTEX
melalui pautan [LuaMetaTEX Reference Manual] yang tidak akan saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ini,
(Perenggan ke-2) "... we could move on with a follow up tagged MetaTEX, a name we already had in mind for a while, but as Lua is an important component, it got expanded to LuaMetaTEX. This follow up is a lightweight companion to LuaTEX that will be maintained alongside."...(Perenggan ke-3 terakhir) "For ConTEXt users the LuaMetaTEX engine will become the default. As mentioned, the ConTEXt variant for this engine is tagged LMTX. The pair can be used in production, just as with LuaTEX and MkIV. In fact, most users will probably not really notice the difference. In some cases there will be a drop in performance, due to more work being delegated to Lua, but on the average performance is much be better, due to some changes below the hood of the engine. Memory consumption is also less. The timeline of development is roughly: from 2018 upto 2020 engine development, 2019 upto 2021 the stepwise code split between MkIV and LMTX, while in 2021 and 2022 we will (mostly) freeze MkIV and LMTX will be the default."
Kunci GnuPG (GPG)
Tandatangan dan Penyulitan Digital
Pembelajaran seterusnya; berkaitan tajuk di atas.
Pelajaran dan perkara baru bagi saya, sebab ada ternampak orang lain sediakan kunci PGP miliknya. Tertanya-tanya juga, apa ke bendanyalah kunci PGP ini, ya?
Archwiki
pun menjadi rujukan. Menurut [1] Archwiki yang mengambil petikan dari [2] laman web rasmi GnuPG:-
GnuPG
ialah pelaksanaan penuh dan percuma bagi standardOpenPGP
sebagaimana ditakrifkan olehRFC4880
(juga dikenali sebagaiPGP
).GnuPG
membenarkan anda untuk menyulitkan dan menandatangani data serta komunikasi anda; ia dibangunkan dengan ciri-ciri sebuah sistem pengurusan kunci yang serba boleh berserta modul-modul akses bagi semua jenis direktori kunci awam.GnuPG
, juga dikenali sebagaiGPG
, ialah sebuah alat perintah baris dengan ciri-ciri yang memudahkan integrasi dengan aplikasi lain. Banyak aplikasi frontend dan libraries yang tersedia.GnuPG
juga menyediakan sokongan untukS/MIME
danSecure Shell (ssh)
.
Ha… selesai bab pengenalan kepada GPG
. Saya akan teruskan kepada penggunaan berdasarkan dapatan dan kegunaan untuk diaplikasikan oleh diri saya sendiri yang kebanyakannya diperolehi dari Archwiki
dan [3] manual gpg.
Reka Bentuk Jam Menggunakan LibreOffice Writer
Bahan Belajar untuk Anak di Rumah
Ada masa lapang, bolehlah sediakan sedikit bahan ilmiah untuk bantu anak belajar di rumah. Saya reka jam bulat yang dicetak di atas kertas A4 untuk memperkenalkan fungsi jam kepada anak sulong saya ini.
Dia mula bersekolah di sekolah kebangsaan bagi darjah satu pada tahun 2021 ini. Perkenalkan secara santai sahaja. Biar dia seronok belajar. Bukan dengan paksaan apatah lagi kekerasan.