Alternatif kepada Spice WebDAVD

Samba adalah perisian yang menyediakan akses kepada pelbagai jenis kluster sistem fail. Program ini boleh menjadi satu alternatif untuk menggantikan Spice WebDADV apabila ingin membuat tetapan perkongsian direktori dan fail antara hos Linux/UNIX dengan VM Windows.

Berikut merupakan langkah-langkah ringkas untuk diikuti dalam menyediakan pelayan samba di hos, dan mengaksesnya sebagai klien di VM Windows.

Pemasangan Pakej

Pasang pakej samba (di distro Arch Linux).

Tetapan di Sistem Hos

Konfigurasi Pelayan Samba

Tambahkan baris entri yang berikut untuk ke dalam fail smb.conf konfigurasi mudah.

/etc/samba/smb.conf
[global]
workgroup = WORKGROUP
server string = Hos Arch 
security = user

[MyShare]
path = /srv/samba/share
writable = yes
force user = <user> 

Pengguna Akaun Samba

Tambahkan pengguna ke akaun samba dengan menjalankan arahan berikut:

bash
sudo smbpasswd -a $USER 

Mulakan Unit Servis

bash
sudo systemctl enable --now smb

Tetapan di VM (Klien)

Di ruangan File Expolorer, tambahkan lokasi rangkaian (Add a network location) dengan memasukkan alamat pelayan yang berikut (dengan andaian bahawa VM Windows bersambung dengan rangkaian lalai NAT).

File Explorer
\\192.168.122.1\MyShare

Kali terakhir dikemaskini:

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba (yang patutlah dipendam buat selama-lamanya): Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.