Arch Linux

Pemasangan

Pasang kompositor niri bersama pengurus paparan Ly.

bash
sudo pacman -S niri ly

Senarai pakej dan aplikasi:

KategoriSarananPilihan saya
Terminalalacrittyfoot
App launcherfuzzelrofi
Notification daemonmako"
Desktop barwaybar"
Wallpaper toolswaybg"
Idle daemonswayidle"
Screen lockerswaylock"
Pemapar imej-swayimg
XDG desktop portalxdg-desktop-portal-gtk"
Xwaylandxwayland-satellite"

Niri

Konfigurasi

Sunting fail konfig niri di ~/.config/niri/config.kdl.

Integrasi systemd

mako & waybar

Kedua-dua pakej di atas menyediakan unit systemd secara terus. Maka pengguna boleh menambahnya dengan menjalankan perintah baris berikut:

bash
systemctl --user add-wants niri.service mako waybar

Pelaksanaan di atas akan menghasilkan pautan ke direktori ~/.config/systemd/user/niri.service.wants.

swaybg & swayidle

Untuk menambah servis imej latar belakang bagi desktop dengan swaybg dan pengurus idle daemon dengan swayidle, cipta dua fail ini dan tempatkan mereka di dalam direktori ~/.config/systemd/user.

  1. swaybg

    ~/.config/systemd/user/swaybg.service
    [Unit]
    PartOf=graphical-session.target
    After=graphical-session.target
    Requisite=graphical-session.target
    
    [Service]
    ExecStart=/usr/bin/swaybg -m fill -i "/usr/share/backgrounds/wallpaper.jpg"
    Restart=on-failure
  2. swayidle

    ~/.config/systemd/user/swayidle.service
    [Unit]
    PartOf=graphical-session.target
    After=graphical-session.target
    Requisite=graphical-session.target
    
    [Service]
    ExecStart=/usr/bin/swayidle -w timeout 600 'swaylock -f' timeout 1200 'niri msg action power-off-monitors' before-sleep 'swaylock -f'
    Restart=on-failure

Muatkan perubahan dengan arahan systemctl --user daemon-reload dan aktifkan kedua-dua unit dengan:

bash
systemctl --user add-wants niri.service swaybg swayidle

Kesemua servis ini akan bermula bersama dengan sesi niri dan berhenti apabila keluar. Pengguna juga boleh memulakan semula servis ini dengan arahan systemctl --user restart <service> selepas menyunting fail konfig yang berkenaan.

Memulakan Ly

  1. Sunting fail konfig Ly di /etc/ly/config.ini dan hidupkan unit systemd-nya dengan menentukan TTY mana yang akan diperuntukkan untuk paparan log masuk, sebagai contoh di tty1:

    bash
    sudo systemctl enable ly@tty1
  2. Nyah-aktifkan servis getty pada TTY yang terlibat:

    bash
    sudo systemctl disable getty@tty1

Kali terakhir dikemaskini:

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba (yang patutlah dipendam buat selama-lamanya): Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.