Manual Rujukan Bash: Catatan 1


geeky stuff
#nota | #bash
Sumber: Bash Reference Manual
Edisi 5.0, untuk Bash versi terkini yakni 5.0 yang telah dikemaskini dalam Mei 2019.

Rujukan Bab 3: Ciri-ciri Asas Shell (Basic Shell Features)

Subtopik 3.2.4.2 Binaan-binaan Bersyarat (Conditional Constructs)

Contoh skrip diberi bagi case :
#!/usr/bin/env bash

echo -n "Enter the name of an animal: "
read ANIMAL
echo -n "The $ANIMAL has "
case $ANIMAL in
  horse | dog | cat) echo -n "four";;
  man | kangaroo ) echo -n "two";;
  *) echo -n "an unknown number of";;
esac
echo " legs."


Nombor baris bermula dari baris yang telah diserlahkan (highligted).

BarisKeterangan
1untuk memasukkan nama haiwan dengan baris ayat di dalam petikan (simbol quotation "" atau koma pembuka terbalik & koma penutup terbalik) ;
2untuk membaca nama haiwan yang dimasukkan dengan pemboleh ubah HAIWAN ;
3untuk cetak pengeluaran pemboleh ubah "$HAIWAN (yang dimasukkan) mempunyai " ;
4binaan bersyarat case bagi pemboleh ubah $HAIWAN bermula;
5senaraikan nama-nama haiwan untuk kes pertama dengan simbol saluran paip | (rujuk 3.2.2 Pipelines) sebagai pemisah, tutup senarai dengan penutup kurungan dan cetak pengeluaran ciri "(berkaki) empat" ;
6senarai nama-nama haiwan untuk kes kedua dan cetak pengeluaran ciri "(berkaki) dua" ;
7bagi haiwan selainnya dan cetak pengeluaran ciri "(berkaki) yang tidak diketahui" ;
8tutup binaan bersyarat esac;
9sambung cetakan bagi melengkapkan ayat ciri-ciri haiwan (mempunyai berapa) " kaki" ;


Jika masukkan pemboleh ubah ‘kucing’, maka pengeluaran di terminal adalah:-
The cat has four legs.
Jika masukkan pemboleh ubah ‘kanggaru’, maka pengeluaran di terminal adalah:-
The kangaroo has two legs.
Jika masukkan pemboleh ubah selainnya seperti ‘lembu’, maka pengeluaran di terminal adalah:-
The cow has an unknown number of legs.


Kali terakhir halaman ini dikemaskini/disemak semula adalah pada .
Top