Perhatian!

Siaran lama ini berkemungkinan sudah usang, ketinggalan dan tidak relevan lagi untuk dijadikan rujukan.

Mod Pelbagai Bahasa

Yay, bermula versi 0.87.0, Hugo kini menyokong tetapan lalai bagi Zon Masa (Time Zone)! Hal ini bermaksud, dengan menetapkan bahasa dan zon masa tempatan di dalam fail konfigurasi Hugo, tarikh dan masa siaran dapat dipaparkan dalam bahasa ibunda.

Tak susah pun. Konfigurasi yang diperlukan bagi memaparkan tarikh dan masa untuk siaran-siaran blog dalam Bahasa Melayu adalah:-

config.toml
1defaultContentLanguage = "ms"
2timeZone = "Asia/Kuala_Lumpur"

Untuk paparan tarikh dan masa seperti contoh ini,

Sabtu, 14 Ogos 2021, 3:04 PTG

gunakan elemen HTML (time) yang berikut di dalam templat:-

HTML
<time>
    {{ .Date | time.Format ":date_full" }}, {{ .Date | time.Format ":time_short" }}
</time>

.Date perlu ditukar kepada .Lastmod untuk paparan tarikh modifikasi atau now untuk mendapatkan tarikh dan masa sekarang.

Sudah tidak perlu bersusah-susah lagi sediakan data dan mengindeksnya ke dalam templat seperti penerangan saya di dalam siaran yang lepas bertajuk “Kemas Kini Blog (Hugo).” [Arkib]

Buka pautan-pautan disediakan di bawah untuk rujukan lanjut.


Kali terakhir dikemaskini:

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux & perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba: Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.