Konfigurasi LAMP di Komputer (Arch Linux)
Berpandukan ArchWiki
Assalamu’alaikum.
Amatur seperti saya ada masa untuk belajar konfigurasi LAMP
khusus bagi sistem operasi yang saya gunakan secara rasmi di rumah iaitu Arch Linux
, sistem operasi kegemaran saya sepanjang masa.
Jika diikutkan sebelum ini sudah ada belajar sendiri namun hanya separuh jalan. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ini, ada masa untuk timba ilmu dan memang dah lama sangat nak belajar MariaDB serta PHP. Kenapa MariaDB dan PHP? Kenapa tak PostgreSQL atau MongoDB untuk ‘Relational DBMS’ dan tidak Python atau Perl untuk Bahasa Pengaturcaraan?
Tiada sebab yang jelas. Sebab berminat sahajalah alasannya.
Konfigurasi ini khusus untuk pemasangan lokal yang cara pemasangannya akan dirujuk daripada kaedah-kaedah seperti yang telah dijelaskan di ArchWiki. Kenapa perlu buat lagi siaran ini kalau pengisian kaedahnya sudah pun tersedia di ArchWiki?
Sebab bukan semua penerangan itu digunapakai dan ada sedikit perubahan yang perlu dilakukan mengikut cita rasa saya sendiri. Penting untuk saya catatkan perjalanannya agar mampu menjadi rujukan di masa akan datang.
Baiklah. Tanpa melengahkan masa lagi. Sebagai permulaan, apa itu LAMP
boleh sentiasa dicari maklumatnya di Google
. Sedikit gambaran boleh didapati di pautan ini; Category:Web applications.
Memandangkan 'L' yang merujuk kepada
(L)inux
sudah pun terangkum di bawah sistem Arch Linux yang saya pakai sekarang, tinggal lagi tiga konfigurasi yang saya perlu tetapkan di komputer riba milik saya ini iaitu; (A)pache
, (M)ariaDB
dan (P)HP
.- KONFIGURASI APACHE
Isi yang terpakai daripada halamanArchWiki
untuk konfigurasi Apache buat masa ini ialah:-
Ikuti langkah-langkah yang hanya dicadangkan di atas dan setelah itu, tinggalkan halaman ini sebentar untuk konfigurasi bagiMariaDB
pula. - KONFIGURASI MARIADB
Pemasangan untuk MariaDB adalah sedikit istimewa. Hal ini adalah kerana akses kepada/home
ditutup untuk tujuan keselamatan.
Saya tidak mahu memberatkan partition/
jadi untuk membolehkan MariaDB mempunyai akses ke/home
, perlu ada penambahan langkah untuk membenarkannya.
Katakan anda mahu meletakkan data di/home/mysql
, maka langkah-langkah penambahannya adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini:-- Pasang pakej mariadb seperti diterangkan di Installation (ArchWiki)
Sebagaimana dinasihati, jalankan perintah baris untuk memasang pangkalan data ('database') seperti berikut:-sudo mariadb-install-db --user=mysql --basedir=/usr --datadir=/var/lib/mysql
Kemudian, 'enable'mariadb.service
dengan:-sudo systemctl enable mariadb.service sudo systemctl start mariadb.service
Sunting fail/etc/systemd/system/multi-user.target.wants/mariadb.service
dengan menukar ProtectHome kepada 'false' dan tambah baris untuk laluan ke direktori dimahukan dengan ciri kebenaran istimewa untuk dibaca dan ditulis ('ReadWrite') oleh pemilik/pentadbir:-[Service] ProtectHome=false ReadWritePaths=/home/mysql
'Reload'systemd daemon
dengan:-sudo systemctl daemon-reload
Hentikanmariadb.service
sebentar:-sudo systemctl stop mariadb.service
Buat direktori baru yang mesti dimiliki khusus oleh penggunamysql
:-sudo mkdir -p /home/mysql sudo chown -R mysql:mysql /home/mysql
Sunting fail/etc/my.cnf.d/server.cnf
dengan menambah baris ini di dalam bahagian[mysqld]
:-[mysqld] datadir=/home/mysql
Ulang kembali langkah untuk memasang pangkalan data tetapi kali ini, direktori untuk simpanan data (--datadir
) ditukarkan kepada direktori baru yang telah dibuat tadi:-sudo mariadb-install-db --user=mysql --basedir=/usr --datadir=/home/mysql
Mulakan kembali ('restart')mariadb.service
:-sudo systemctl restart mariadb.service
- Kembali kepada
ArchWiki
. Rujuk bahagian Configuration dan kemudian ikuti langkah yang hanya terpakai selanjutnya:-2.1 Improve initial security
2.2 Add Userdan terus melangkau ke langkah di bawah:-2.4 Listen only on the loopback address - Periksa sama ada
datadir
telah berjaya dihubungkan kepada direktori/home/mysql
atau tidak melalui:-mysql -u user -p -e "SELECT @@datadir";
Pengeluaran ('Output') daripada baris langkah di atas di Terminal seharusnya begini:-
Ia TIDAK lagi merujuk kepada direktori/var/lib/mysql
.
- Pasang pakej mariadb seperti diterangkan di Installation (ArchWiki)
Teruskan dengan konfigurasi bagi
PHP
pula.Pasang pakej php sebagaimana diterangkan di:-
- Installation
Sesudah itu, terus melangkau ke bahagian 3 iaitu:- - Configuration
- Dan selanjutnya, pergi ke langkah bernombor 4 Extensions serta mara terus ke konfigurasi terhadap fail
php.ini
.4.5 MySQL/MariaDB
Selesai semua kendalian di atas, hanya tinggal satu lagi langkah sebagai pelengkap kepada penyediaan pelayan ('server') bagi aplikasi/pembangunan web ini. Rujuk langkah ke-iv di bawah yang akan membawa kita kembali ke ArchWiki
Apache
.Baiklah. Hampir ke garisan penamat. Sampai di sini semula, tidak payah buang masa tilik-tilik pengisian sebelum yang sudah dikerjakan. Lompat terus ke langkah nombor 3 Extensions di bawah bahagian 3.1 PHP dan hanya fokus kepada tiga kaedah berikut:-
3.1.2 Using php-fpm and mod_proxy_fcgi
3.1.4 Test if PHP works
PHP
telah dipasang dan dikonfigurasi dengan betul. Sekiranya PHP
berfungsi, ia akan memaparkan pengeluaran ('Output') seperti imej di bawah:-Alhamdulillah. Selesai sudah konfigurasi lengkap untuk pemasangan pelayan
LAMP
secara lokal di komputer peribadi. Bolehlah teruskan pula belajar membina pangkalan data dengan MariaDB
dan bangunkan web melalui bahasa skrip PHP
. Sekian.