bersama catatan peribadi & teknikalnya.

Konfigurasi Cetakan Untuk Pencetak HP Di Arch Linux

Dengan pakej CUPS dan hplip


arkib
#hp-printer | #archlinux

Pengakuan jujur, saya tidak pernah membuat sebarang cetakan dari sistem Linux saya. Inilah kali pertama mencuba.

Phew! Boleh tahan mencabar jugalah. Google sana google sini, bermacam-macam masalah yang dihadapi. Sehingga akhirnya saya berjaya juga membuat cetakan tanpa sebarang ralat dihadapi.

Jadi, untuk tidak terlupa, saya buat entri ini dengan perincian cara-cara yang saya lakukan untuk membolehkan saya mencetak dari sistem Arch Linux saya dengan jayanya.

Baiklah, sebelum mula bersyarah, saya maklumkan jenis pencetak yang saya gunakan di rumah. Pencetak ini milik suami saya. Jenama HP model LaserJet Professional P1102. Hanya boleh membuat cetakan berwarna hitam, tidak boleh membuat salinan atau imbasan seperti pencetak-pencetak ‘semua dalam satu’, hanya boleh digunakan untuk mencetak sahaja.

Tanpa berlengah lagi, berikut ialah langkah-langkah yang saya lakukan mengikut turutannya:-

  1. Pasang perisian-perisian/pakej-pakej berikut:
    sudo pacman -Syu cups cups-pdf hplip system-config-printer

    cups-pdf diperlukan untuk mencetak fail pdf, hplip diperlukan sebagai driver (juga untuk hp-setup) dan system-config-printer (optional) mungkin diperlukan untuk memudahkan proses penetapan pilihan-pilihan lain seperti berapa banyak salinan mahu dibuat untuk sekali cetak dan lain-lain kerana ia datang dalam bentuk grafik.
  2. Selesai pemasangan, 'enable' dan 'start' cups.service:
    sudo systemctl enable cups.service
    sudo systemctl start cups.service
  3. Tambahkan user ke dalam group lp dan sys (gantikan user dalam perintah baris seperti di bawah kepada nama user anda):
    sudo gpasswd -a user lp
    sudo gpasswd -a user sys
  4. Setelah itu, hubungkan pencetak ke port USB dan hidupkan mesin pencetak. Pastikan sistem dapat membaca peranti mesin pencetak tersebut dengan menjalankan perintah baris lsusb seperti contoh di bawah:
  5. Kemudian, buka pautan http://localhost:631/ di web browser untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran. Boleh juga dijalankan dengan perintah baris pada terminal tetapi saya lebih suka ia dilakukan di web browser (I am just so lazy and obviously, it is easier!).
    Sila rujuk kepada imej-imej di bawah ini untuk contoh rujukan:
  6. Selesai hal di atas, teruskan pula dengan langkah berikutnya. Buka terminal dan jalankan perintah baris ini,
    sudo hp-setup -i

    dan jawab soalan-soalan pilihan yang diberikan untuk membuat tetapan bagi peranti pencetak HP.

    Perintah baris <sudo hp-setup -i> ini perlu dijalankan setiap kali pakej hplip dinaiktaraf.
  7. Optional (teruskan dengan langkah nombor 8 jika rasa tidak perlu).
    Edit fail /etc/cups/cupsd.conf dengan membuat perubahan kepada entri baris di bawah:
    • LogLevel warn kepada debug (amat berguna untuk log dengan perincian yang mendalam)
    • JobPrivateAccess default kepada all
    • JobPrivateValues default kepada none (untuk membolehkan nama fail dan pengguna dipaparkan di web browser seperti imej di bawah)
      Jika tidak, hanya Unknown dan Withheld yang akan dipaparkan di bawah Name dan User (respectively).
      PERLU DIINGAT, anda mesti restart cups.service setiap kali ada perubahan dilakukan kepada fail /etc/cups/cupsd.conf untuk memperolehi kesannya sebelum mula mencetak.
      sudo systemctl restart cups.service
  8. Anda boleh membuat cubaan mencetak dengan menjalankan perintah baris seperti berikut,
    echo 'Hello, world!' | lpr -p

    atau dengan mencetak Test Page melalui web browser.
    Untuk menyemak Queue (status cetakan), jalankan perintah baris lpq atau lpq -a (untuk melihat semua queue) di terminal atau semak di web browser.
    Rujuk [archwiki] untuk mendapatkan lebih pemahaman.

RASIONAL MENGGUNAKAN CUPS DAN HPLIP DI ATAS?
Penggunaan kedua-dua pakej ini kelihatan seperti 'redundant', namun amat penting dan diperlukan untuk mendapatkan kejayaan di dalam aktiviti mencetak ini.
  1. Pertama, apabila menambah peranti pencetak di *web browser*, model pencetak HP tidak akan tersenarai (rujuk imej di tab nombor 4 pada langkah nombor 5 di atas) sekiranya pakej hplip tidak dipasang. Pakej ini membenarkan fail PPD yang dicipta khas untuk pencetak milik kita itu ada tersedia dalam senarai model untuk dipilih.

    Ia juga menjadi penyebab kepada kejayaan atau kegagalan di sebalik muat turun fail PPD yang sebenar melalui perintah baris hp-setup.

  2. Kedua, walaupun fail PPD kelihatannya seperti sudah ditambah dengan menjalankan proses di atas, anda perlu memaksa fail berkenaan dimuatturun dari pembekal solusi rasmi yang disediakan oleh pihak HP itu sendiri yakni melalui hplip. Bagaimana?

    Caranya ialah dengan menjalankan perintah baris hp-setup -i itulah.

    Soalan berbangkit:-

    • Q: Kenapa TIDAK membuat langkah ini DAHULU sebelum membuat langkah menambah peranti pencetak dari web browser dengan pakej cups?
      A: Kerana muat turun fail ppd yang dijalankan dengan perintah baris 'hp-setup -i'akan memaparkan ralat 'tidak ada fail ppd ditemui untuk mesin pencetak xxx' (No appropriate print PPD file found for model xxx) dan cetakan juga akan menemui kegagalan (dalam erti kata lain cetakan tidak akan berjalan). Jadi, langkah menambah peranti pencetak dengan menggunakan cups ini penting bagi memandu sistem mencari lokasi fail PPD yang tepat dispesifikasikan untuk mesin pencetak berkenaan (yang sebenarnya terletak di dalam direktori /usr/share/ppd/HP/).
    • Q: Kenapa perlu juga muat turun ini berlaku melalui perintah baris hp-setup ini?
      A: Kerana jika tidak dilakukan, cups akan memaparkan ralat Filter failed dan cetakan gagal berlaku.
    • Q: Kenapa tidak hanya menggunakan pakej hplip ini SAHAJA (tidak perlu kepada penggunaan cups)?
      A: Kerana pakej ini amat tidak stabil (_buggy_) untuk digunakan di dalam aktiviti pencetakan di dalam sistem Arch Linux yang memerlukan pengguna beralih kepada penggunaan cups.

Sekian sahaja penulisan saya pada kali ini.

Kali terakhir dikemaskini:
Top